sebelum ini, Steam Autumn Sales sudah tiba dan semestinya pemain rambang mata melihat harga runtuh di pelantar itu. Oleh itu, izinkan kami menyelit dengan beberapa cadangan untuk membantu anda membuat keputusan."> sebelum ini, Steam Autumn Sales sudah tiba dan semestinya pemain rambang mata melihat harga runtuh di pelantar itu. Oleh itu, izinkan kami menyelit dengan beberapa cadangan untuk membantu anda membuat keputusan." /> sebelum ini, Steam Autumn Sales sudah tiba dan semestinya pemain rambang mata melihat harga runtuh di pelantar itu. Oleh itu, izinkan kami menyelit dengan beberapa cadangan untuk membantu anda membuat keputusan." />

Steam Autumn Sales bermula hari ini, ini beberapa cadangan permainan yang berbaloi

Seperti yang pernah kami maklumkan sebelum ini, Steam Autumn Sales sudah tiba dan semestinya pemain rambang mata melihat harga runtuh di pelantar itu. Oleh itu, izinkan kami menyelit dengan beberapa cadangan untuk membantu anda membuat keputusan.

Permainan yang disenaraikan di bawah ini adalah permainan yang berbaloi menurut komuniti dan pemain-pemain yang pernah menghabiskan siri itu.

The Witcher 3: Wild Hunt -RM21

The Witcher 3: Wild Hunt adalah sebuah permainan yang ceritanya menjadi dorongan utama kepada pemain. Malah, jalan ceritanya yang mendalam memberi inspirasi untuk memunculkan sebuah siri di Netflix. Bagi peminat permainan genre dunia terbuka, permainan ini perlu berada di dalam koleksi anda. 

Horizon Zero Dawn Complete Edition – RM40

Sebuah lagi permainan dunia terbuka, tetapi permainan ini adalah salah satu permainan dengan plot yang sungguh unik dan grafik yang begitu mantap. Permainan ini asalnya dilancarkan di PlayStation secara eksklusif, namun ia kini berada di Steam agar pemain PC dapat menikmati antara permainan yang terbaik dekad ini. Dapatkan sementara masih murah.

Halo: The Master Chief Collection – RM33

Halo Infinite baru dilancarkan, dengan komponen multiplayernya ditawarkan dengan percuma sempena ulang tahun ke-20 Xbox. Permainan ini adalah salah satu permainan yang paling ikonik dan mendefinasikan sebuah generasi pemain pada tahun 2000-2010. Dengan harga RM33, anda akan mendapatkan 5 permainan iaitu Halo: Reach, Halo: Combat Evolved Anniversary, Halo 2: Anniversary, Halo 3, Halo 3: ODST. 

Ace Combat 7: Skies Unknown – RM48

Tarikan utama permainan ini adalah pertempuran udara yang mengutarakan jet pejuang dunia sebenar tetapi berlatarkan di dunia fiksyen. Grafik permainan serta muzik mantap menjadi tarikan utama permainan ini. Malah, muzik yang baik ini menjadi buah mulut komuniti pemain.

Fakta: Permainan ini ditangguhkan pelancarannya kepada Januari 2019 kerana komposer muziknya, Keiki Kobayashi, ingin menyempurnakan muzik yang akan digunakan dalam permainan. Oleh itu, sememangnya permainan ini selayaknya diberikan perhatian.

Steam Awards

Turut dilancarkan hari ini ialah proses pencalonan untuk Steam Awards, perayaan tahunan yang terbaik yang ditawarkan oleh Steam. Kategori tahun ini membentuk gabungan menarik yang merangkumi:

  • Game of the Year
  • VR Game of the Year
  • Labor of Love
  • Better With Friends
  • Outstanding Visual Style
  • Most Innovative Gameplay
  • Best Game You Suck At
  • Best Soundtrack
  • Outstanding Story-Rich Game
  • Sit Back and Relax

Mencalonkan permainan untuk anugerah, bersama-sama dengan bermain dan memberi ulasan, akan memberi anda lencana Autumn Sale Badge yang boleh ditingkatkan melalui empat peringkat. Proses penamaan calon akan dibuka sehingga 2AM pada 2 Disember, dan pemenang akan diumumkan pada jam 2AM pada 3 Januari 2022.

Steam Autumn Sales dijadualkan berlangsung sehingga 2 Disember. Jualan besar akhir tahun akan berlangsung kurang dari sebulan kemudian iaitu Steam Winter Sales, dan tahun ini ditetapkan untuk dijalankan pada 22 Disember hingga 5 Januari 2022.

RELATED NEWS

+