Steam Chat Dilancarkan – Boleh Berborak Dengan Geng-Geng Gamers Korang!

Sekarang, korang dah tak perlu untuk ada depan PC kalau nak borak pasal apa-apa berkaitan PC sebab aplikasi Steam Chat dah dilancarkan oleh Valve untuk iOS dan Android.

Ia direka untuk menyaingi Discord yang ‘mencuri’ pemain dari Steam kalau mereka nak berborak pasal games.

Steam Chat ini mempunyai banyak ciri yang ada dalam versi desktop. Antaranya, senarai kenalan untuk melihat siapa yang online dan game apa sedang dimainkan mereka. Valve juga menggelarkan pengalaman chatting di situ sebagai ‘Rich Chat’ kerana mempunyai fungsi utama seperti video, twit, GIF, Giphy, Steam emoticons dan banyak lagi.

Korang juga boleh menambah kenalan baru menggunakan Invite Links dan mengadakan Group Chats untuk mengadakan sesi gaming sama-sama. Korang juga boleh ubah notifications mengikut kawan, group chat ataupun saluran chat.

Valve juga akan menambah fungsi voice chat dalam aplikasi ini nanti.

Download: Android

Download: iOS

RELATED NEWS

+