membangunkan sebuah konsol mudah alih sama seperti Nintendo Switch."> membangunkan sebuah konsol mudah alih sama seperti Nintendo Switch." /> membangunkan sebuah konsol mudah alih sama seperti Nintendo Switch." />

Steam Deck akan mula dijual pada Disember ini

Valve sebelum ini dilaporkan bahawa mereka sedang membangunkan sebuah konsol mudah alih sama seperti Nintendo Switch.

Steam Deck ini akan didatangi dengan skrin sentuh yang bersaiz 7 inci dan mempunyai dua joystick dan D-Pad dengan butang XYAB, empat butang trigger dan juga empat butang di belakang konsol ini. Terdapat juga dua pad sesentuh di bahagian hadapan.

https://cdn.cloudflare.steamstatic.com/steamdeck/images/hardware-touchscreen.jpg

Spesifikasi Steam Deck juga boleh dikatakan sangat mengejutkan.

Dikuasakankan oleh AMD Zen 2 dan AMD RDNA2 sebagai grafik kad, memori DDR4 dari 16GB ke 64GV eMMC dan 256 GB dan 512 GB SSD NVMe PCIe.

Batteri untuk Steam Deck juga didatangkan dengan 40Wh dan dijangka akan memberi anda dua hingga lapan jam masa bermain.

Steam Deck akan menggunakan SteamOS khas untuk Steam Deck.

https://cdn.cloudflare.steamstatic.com/steamdeck/images/software/software-deck-home-ui-english.jpg

Valve juga akan mengeluarkan dok bersama-sama konsol Steam Deck ini.

https://aksiz.com/wp-content/uploads/2021/07/Steam-Deck-Dock-1024x426.jpg

Pra-tempahan konsol ini akan dibuka hari ini dan dilancarkan secara rasmi pada 12 Disember 2021 ini di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan United Kingdom.

Steam Deck akan dijual pada harga permulaan AS$399, AS$529 dan AS$649 mengikut saiz storan yang dipilih.

RELATED NEWS

+