Steam Deck mengecilkan saiz sistem pengendalian sebanyak 58%

Steam Deck antara konsol yang dinantikan ramai pemain kerana ia menawarkan pemain bermain permainan PC secara mudah alih.

Namun, salah satu isu yang mungkin akan dihadapi adalah ruang penyimpanan permainan yang terhad, lebih lagi jika anda memilih tetapan 64GB.

Oleh itu, Valve berjaya mengecilkan sistem pengendalian daripada 24GB kepada 10GB sahaja.

Windows 10 memerlukan sekitar 25GB di PC anda tetapi ia tidak menjadi isu besar di PC kerana pengguna mampu menambah jumlah ruangan penyimpanan di PC masing-masing. 

SteamOS 3 nampaknya lebih ringan jika dibandingkan dengan konsol Xbox Series, PlayStation 5 dan Nintendo Switch, yang masing-masing menggunakan sekitar 20% ruang simpanan dalaman untuk sistem pengendalian masing-masing.

Ruang simpanan 64GB sememangnya ruang yang amat terhad memandangkan permainan zaman ini sungguh gergasi saiznya.

Sebagai contoh, Call of Duty Warzone sahaja boleh mencecah 200GB manakala permainan seperti Battlefield 2042 memerlukan hampir 60GB ruang simpanan untuk memainkan permainan itu. Jadi, eloklah Valve berjaya meminimumkan saiz SteamOS 3 pada Steam Deck.

Walau bagaimanapun, anda pasti mahu menggunakan slot yang boleh mengembangkan ruang penyimpanan dan melabur kad mikroSD yang sesuai.

Sumber rujukan: MetaCouncil

RELATED NEWS

+