Satu kemaskini beta baharu dari Steam kini telah menambah fungsi untuk merakam permainan anda dengan lebih mudah yang digelar Steam Game Recording.
Dengan fungsi ini, anda boleh merakan, menyunting, dan mengongsikan saat-saat permainan anda.
Steam kini sudah menjadi pelantar PC yang sangat besar di mana terdapatnya forum, mods, DLC, penstriman dan fungsi untuk berkongsi guides dan screenshot kepada orang ramai.
Steam Game Recording ini mempunyai peralatan dan fungsi yang membenarkan pemain merakan setiap permainan video yang ada di Steam dan juga di pelantar PC anda.
Selagi mana Steam dibuka, Steam boleh menunjukkan overlay untuk anda merakan permainan video.
Untuk mendapatkan fungsi ini, anda perlu dafter ke Steam beta terlebih dahulu.
Perakan ini juga boleh mengehadkan berapa space yang anda perlukan dan Steam akan membuang rakaman video yang lama.
Setakat ini hanya DOTA 2 dan Counter-Strike 2 sahaja yang mempunyai fungsi penanda khas yang memudahkan anda lagi untuk membuat montaj.
Tambahan lagi, kesemua rakaman anda bukanlah hanya di pelantar Steam tetapi anda boleh memuat turun mana-mana klip atau rakaman sebagai raw.mp4 dan boleh diubah menggunakan peranti yang lain.
Anda juga boleh mengongsikan klip-klip anda dengan kod QR.
Ini merupakan contoh bagaimana Valve sentiasa mahukan Steam menjadi pelantar dan pelancar PC terbaik di dunia.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi Steam.