Steam kali pertama mengumumkan tarikh acara Steam Sales untuk seluruh tahun 2021

Jika anda ingin mencari beberapa tawaran hebat untfuk permainan PC, Valve mengumumkan acara Steam Sales untuk sepanjang tahun ini.

Walaupun tarikh Steam Sales biasanya dirahsiakan sehingga acara itu, tarikh yang ditiris sudah memberitahu pemain PC dari dahulu lagi. Kini, nampaknya Valve memutuskan bahawa tidak lagi berbaloi untuk merahsiakan tarikh Steam Sales lagi.

Jualan seterusnya, Steam Halloween Sales, bermula esok (Khamis) dan berlangsung hingga Isnin. Anda boleh melihat senarai penuh Steam Sales yang akan datang di bawah:

  • Steam Halloween Sales: 28 Oktober – 1 November
  • Steam Autumn Sales: 24 November – 30 November
  • Steam Winter Sales: 22 Disember – 5 Januari 2022

Acara Steam Sales adalah cara terbaik untuk menambah stok permainan jika anda menempah peranti Steam Deck. Peranti permainan mudah alih baharu Valve akan mula dihantar pada penghujung tahun ini.

Epic Games Store juga mengadakan jualan Halloween yang sedang berlangsung sekarang. Kedai saingan Steam ini juga baru-baru ini menambah ciri pencapaian di pelantarnya.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+