Steve dari Minecraft adalah watak terbaru Super Smash Bros. Ultimate

Nintendo mengejutkan satu dunia semalam apabila mereka mengumumkan Steve dari Minecraft sebagai watak terbaru dalam Super Smash Bros. Ultimate. Dia merupakan watak ke-77 dalam barisan penuh watak-watak permainan tersebut dan watak kedua dalam Fighters Pass Vol. 2.

Watak Steve hadir bersama empat skin berbeza iaitu watak Alex, Zombie, dan Enderman. Pada waktu ini, tarikh pelancaran untuk watak ini masih belum diumumkan. Nintendo akan mengadakan lagi satu pembentangan pada 3 Oktober pada jam 10:30 malam untuk menerangkan cara permainan Steve dan tarikh pelancarannya.

Programming untuk watak sebegini sangat mencabar. Kami terpaksa membuat perubahan kepada semua stages dalam permainan ini agar blok boleh diletak. Biomes juga perlu diambil kira. Yang paling penting, bagaimana kami perlu mengubah keseimbangan permainan untuk menyesuaikan watak baharu ini?” kata Masahiro Sakurai, pengarah Super Smash Bros. Ultimate.

Anda boleh menonton pembentangan watak Steve dan Alex oleh Masahiro yang akan berlangsung pada 3 Oktober ini di YouTube.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+