Stormie, Subway, Lyzerg, Wynn dan XPDea tidak lagi bersama Team SMG

Juara MPL MY musim kelapan iaitu Team SMG mengejutkan para penonton apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Todak dengan skor 4-0 tanpa balas.

Mereka meneruskan momentum mereka di musim kesembilan dengan melayakkan diri ke peringkat playoff. Namun begitu, mereka ditewaskan oleh pasukan Todak di peringkat pertama upper bracket dan seterusnya dikeluarkan dari pertandingan oleh Team Caracal.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team SMG (@teamsmgofficial)

Kini, mereka melepaskan hampir kesemua pemain mereka iaitu Stormie, Subway, Lyzerg, Wynn dan XpDea. Stormie adalah salah seorang pemain terbaik mereka dan pernah memenangi anugerah MVP peringkat liga di musim kesembilan.

Siapakah yang bakal mengisi kekosongan barisan pemain Team SMG untuk musim ke-10 ini? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

Sumber: Team SMG

RELATED NEWS

+