“Strategi, keserasian kami makin baik,” – Moon

Atlet e-sukan Mobile Legends, Zikry Shamsuddin (Moon) mengatakan strategi dan keserasian pasukan Malaysia yang akan bertanding di Sukan SEA ke-31 kini semakin baik.

“Alhamdulillah. Untuk persiapan, kami ada penambahbaikan strategi dan keserasian juga makin baik walau diberi waktu sangat singkat,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), pagi hari ini.

@mygameondotmy @Zack Moon menceritakan persiapan skuad MLBB Malaysia dan sasaran kali ini di Sukan SEA 31 #MalaysiaBoleh #MalaysiaRoar #SEAGames31 #fyp #kakigaming ♬ We Rise Against (Full) – Jonathan Paulsen

Moon juga mengatakan skuad negara ingin melawan pasukan Indoesia dan Filipina kerana mereka mempunyai stats yang sangat bagus di kejohanan berprestij.

Malah katanya, Malaysia menyasarkan pingat untuk kali ini memandangkan ia adalaj kali pertama dia dan rakan-rakannya mewakili negara dalam temasya dwi-tahunan ini.

“Harapan saya semestinya nak menang pingat saja sebab ini kali pertama jadi wakil negara.

“Walau agak tertekan dan gemuruh tapi mungkin fokus kami walau dapat pingat pun dah bersyukur dah,” katanya.

Senarai atlet MLBB:

  • Zikry Shamsuddin (Moon)
  • Idreen Abdul Jamal (Momo)
  • Wan Usman Wan Imran (4Meyz)
  • Muhammad Danial Mohamad Fuad (Ciku)
  • Muhammad Amirul Raziq Mohd Azman (Ajiqtusok)
  • Mohamad Farhan Wakiman (Moyy)
  • Mohamad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn)

Pasukan negara untuk MLBB akan bertanding di Sukan SEA 2021 pada 18 Mei ini.

RELATED NEWS

+