Streamer Apex Legends kantoi guna wallhack dekat Twitch

Seorang pemain yang menggunakan tipu helah bukanlah sesuatu yang sukar untuk dijumpai dalam Apex Legends.

Tidak semua hacker melakukan penstriman yang melanggar peraturan ini.

Terdapat seorang pemain Apex Legends yang menjumpai seorang streamer yang tidak malu menggunakan wallhacks dan strim di Twitch dan kemudian meletakkannya di Reddit.

Streamer with blatant wall hacks realizes he has a viewer (me) and tries to play it cool by casually turning them off and ending his stream from apexlegends

Streamer itu mempunyai facecam dan di dalam Apex Legends menunjukkan wallhack yang memberitahu semua tempat loot di dalam peta.

Hacker itu sedar dia mempunyai seorang penonton dan berpura-pura tidak tahu dan cuba menutup hack itu semasa stream dan membuka “no recoil” dan “aim snap.”

Apex Legends sudah lama menghadapi masalah penggodama tetapi jarang sekali kita dapat menjumpai hacker yang membuat penstriman secara langsung.

RELATED NEWS

+