Streamer Kontroversi, DrDisRespect Membandingkan PUBG dan COD: Black Ops 4 Blackout

Streamer kontroversi di Twitch, DrDisRespect membandingkan PUBG dan Call of Duty: Black Ops 4 Blackout (battle royale) dan memanggil permainan dari PUBG Corp sebagai ‘hack’.

Sebagai seorang streamer yang menghabiskan masa bermain PUBG dan Fortnite, DrDisRespect pun turut mencuba beta terbuka Blackout. Sepanjang penstriman berlangsung di Twitch dan Youtube, DrDisRespect memenangi beberapa kali untuk mod Battle Royale itu. 

Tapi dalam satu klip Twitch, dia memberi komen mengatakan sangat pelik apabila berdepan dengan seorang pemain di akhir perlawanan sebelum ditembak dan karakternya dibunuh dengan bom tangan. DrDisRespect kemudiannya menyambung tentang perbezaan PUBG dan Blackout.

Sebelum klip di atas dimulakan, dia juga berkata akan bermain PUBG untuk sekejap saja lagi “3 minggu lagi untuk permainan ini’ dan dia membenci PUBG sebelum memberitahu peminatnya untuk tidak ambil kisah dia mencarut dan terus sambung dengan perbezaan antara kedua permainan itu.

Call of Duty: Black Ops 4 dan mod Battle Royale Blackout akan dijadualkan untuk pelancaran pada 12 Oktober ini.

RELATED NEWS

+