kelibat anjing dalam bilik penstriman pemilik pasukan Richie Esports, Sharina Richie, kami sempat dapatkan jawapan daripada Mufti Pahang iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Osman."> kelibat anjing dalam bilik penstriman pemilik pasukan Richie Esports, Sharina Richie, kami sempat dapatkan jawapan daripada Mufti Pahang iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Osman." /> kelibat anjing dalam bilik penstriman pemilik pasukan Richie Esports, Sharina Richie, kami sempat dapatkan jawapan daripada Mufti Pahang iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Osman." />

Streamer selamatkan anjing dan letak dalam rumah, mufti jawab isu

Berikutan isu kelibat anjing dalam bilik penstriman pemilik pasukan Richie Esports, Sharina Richie, kami sempat dapatkan jawapan daripada Mufti Pahang iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Mufti Pahang menyatakan bahawa ulama berbeza pendapat dalam menetapkan hukum najisnya anjing.

“Mengikut Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya, tempat yang bersentuhan itu perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air yang bercampur tanah,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa perbuatan memegang anjing secara sengaja, tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ianya bercanggah dengan pegangan mazhab di Malaysia.

“Menurut mazhab syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam,” katanya ketika dihubungi.

Berbalik semula kepada isu ini, Mufti Pahang berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Sharina itu adalah salah kerana membawa haiwan itu masuk ke dalam rumah.

“Dia boleh sahaja meletakkan anjing itu di kawasan luar rumah dan menjaganya,” ujarnya.

Beliau juga menambah dengan mengingatkan kita semua akan sebuah cerita yang begitu penuh dengan pengajaran iaitu kisah seorang pemuda yang mendapat pahala memberikan air minuman kepada seekor anjing.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Allah SWT:

“Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya. Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan. Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi. Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah SWT maka Allah SWT mengampuninya”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”. Rasulullah SAW bersabda: “(Berbuat baik) Setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala”. [Riwayat al-Bukhari (2363)]

Sumber: muftiwp

Foto: sinarharian

RELATED NEWS

+