Streamer, Swimstrim dibuang dari EG dan Riot Partner atas penderaan seksual, lisan dan mental

Tiga hari lepas, teman wanita Sean “Swimstrim” Huguenard iaitu Amwe dan beberapa mangsa lain mendakwa mereka terkena penderaan seksual, lisan dan mental.

Evil Geniuses (EG) kemudiannya memecat pencipta kandungan Legends of Runeterra (LoR) itu.

Dia juga turut disabit dengan penggunaan dadah jenis metamfetamin dan LSD.

Organisasi e-sukan itu menjadikan Swim pencipta kandungan mereka untuk permainan video kad selama tiga tahun.

Riot Games juga membuang Swim dari rakan kongsi League of Legends.

Komuniti Runeterra terus menyokong kesemua mangsa Swim dan selepas keluarnya dokumen dari Amwe dan beberapa Twitlongers dari mangsa-mangsa iaitu Silverfuse, Kelly/Calloneta, Jaggerouos dan Larissa “puffballpanda”.

Amwe memberitahu kedua-dua organisasi itu yang dia berterima kasih atas keputusan ini.

Silverfuse yang juga bekas pekerja Swim dan mangsa juga memberitahu dia sangat bersyukur dengan tindakan itu.

Swim setakat ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pertuduhan ini tetapi pada 10 April lepas Swim membuat satu stream untuk memberitahu mengenai hal ini tetapi video ini sudah dipadam.

RELATED NEWS

+