Streamer Twitch ini buat The Sims jadi live-action

Apa akan jadi kalau anda biar hidup anda bertukar menjadi permainan video?

Twitch streamer dan Youtuber Jeremy “Jerma985” Elbertson mengambil konsep the Sims ini dan menukarkannya kepada aksi nyata.

Setiap penonton akan membuat undian untuk apa sahaja tugasan yang Jeremy perlu lakukan.

Siri ini digelar The Dollhouse dan akan mempunyai tiga acara keseluruhan di Twitch-nya.

“Saya sentiasa ingin mencari cara untuk memastikan penonton saya sentiasa gembira,” ujar Elbertson.

Antara salah satu benda yang terjadi apabila Jerma terpaksa mandi sambil ada orang mencuci bilik airnya.

Jerma juga dipaksa untuk melakukan tekan tubi sehingga tidak mampu lagi.

Acara ini sudah tamat semalam di hari ketiga.

TAGS

RELATED NEWS

+