Streamer yang ‘mengejek’ Nintendo berdepan saman bernilai RM32.8 juta kerana kandungan Switch cetak rompak

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang streamer, Jesse Keighin atau “EveryGameGuru,” kini berdepan saman bernilai AS$7.5 juta (RM32.8 juta) dari Nintendo selepas didakwa melakukan stream permainan Switch yang dicetak rompak, seperti The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom dan Pokemon Scarlet and Violet, di platform seperti Twitch, YouTube, dan Kick.

Walaupun sudah menerima notis DMCA dan arahan berhenti, Keighin terus melakukan stream permainan itu dan memberi panduan kepada penonton untuk melakukan hal yang sama di peranti bukan Nintendo. Dia juga didakwa membuat saluran baru setiap kali saluran lamanya ditamatkan.

Nintendo mendakwa tindakan Keighin melanggar hak cipta dan merosakkan jualan serta eksklusiviti perkakasan mereka. Mereka mengira kerugian sebanyak AS$150,000 untuk setiap pelanggaran, dengan jumlah tuntutan keseluruhan mencecah AS$7.5 juta.

Saman ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Nintendo untuk membanteras pengubahsuaian, terutama apabila melibatkan permainan popular seperti Mario & Luigi: Brothership yang disiarkan sebelum dilancarkan secara rasmi.

Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+