Satu shooter terbaru free-to-play (percuma) telah dilancarkan di Steam dan mendapat sambutan yang baik.
Strinova adalah permainan video third-person shooter dengan rekaan karakter-karakter anime dimana pemain boleh bertukar menjadi dua dimensi dan kembali kepada tiga dimensi.
Sama seperti shooter lain, mod seperti Deathmatch dan Demolition juga ada.
Maps dalam permainan ini juga mementing banyak pergerakan pantas di samping kedudukan tempat tinggi yang sangat penting.
Keupayaan anda untuk mengenali map dan tahu di mana musuh berada sangat-sangat penting dalam Strinova.
Permainan ini juga sedang mendapat sambutan hanya di Steam dengan 38,043 jumlah pemain serentak beberapa hari lepas di SteamDB.

Foto: Strinova
Dengan gimik paper form di mana anda boleh bertukar menjadi 2D ketika berlawan sangat menambah banyak cara permainan yang unik dan menarik.
Jangan lupa cuba Strinova di Steam.