Studio anime terkenal Gainax yang dikenali ramai dengan anime Neon Genesis Evangelion, Gurren Lagann dan FLCL kini telah ditutup setelah pengisytiharan bankrap.
Studio ini adalah pengeluar beberapa anime terkenal sudah beberapa tahun mengalami masalah kerugian kewangan.
Malahan, filem anime terakhir Gainax adalah pada tahun 2009 iaitu filem Gurren Lagann dan anime terakhir mereka adalah pada tahun 2015 iaitu Wish Upon The Pleiades.
Pada 7 Jun lepas, Gainax telah mengumumkan bankrap dan akan menutup operasi.
Buat pengetahuan orang ramai Studio Gainax telah 40 tahun berkecimpung di dalam industri anime.
Menurut IGN, studio ini juga telah menghadapi banyak masalah dari masalah produksi, penipuan cukai dan beberapa tindakan undang-undang serta saman.
Beberapa staf lama Gainax juga telah lama berpindah ke studio Trigger atau membuka studio merekan sendiri.
Boleh dikatakan Studio Trigger adalah sama seperti Gainax yang dulu.
Syarikat itu kini telah diterap masuk ke dalam studi Khara yang akan memastikan apa-apa harta itelektual Gainax akan diberikan kepada pemilik baharu.