Studio Dark Souls Berminat Cipta Permainan Battle Royale Macam PUBG & Fortnite

Pencipta Dark Souls dan Bloodborne, Hidetaka Miyaaki nampaknya berminat untuk mencipta permainan video dengan genre battle royale ataupun perkhidmatan langsung.

“Kami ada terfikir mengenainya. Memang ada kemungkinan,” kata Miyazaki yang juga mempunyai studionya, FromSoftware. “Permainan ini sebenarnya sangat menarik dan kami berminat dengan apa yang cuba dilakukan mereka. Tapi kalau kami pula buat, ia akan jadi berbeza! Ia sebenarnya masih dalam perancangan,”

Miyazaki bagaimanapun ada juga cakap yang permainan single-player juga sebenarnya penting dalam industri dan membuatkan pasaran terus positif.

“Walaupun Devil May Cry 5 mempunyai elemen dalam talia, ia akan hadir dua minggu sebelum permainan kami dan ia focus kepada kepada single-player saja. Kita juga ada God of War dan Spider-Man.” Keduanya terjual lebih 9 juta salinan pada 2019.

“Kita perlukan kelainan dalam industri. Tak kira apa From Software sedang usahakan, kita perlukan mereka yang mencipta permainan battle royale dan kita perlukan mereka yang fokus kepada pengalaman single-player. Kelainan ini yang buatkan setiap orang terus berusaha,”

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+