Studio Turki membangunkan permainan berasaskan Squid Game, Squid Game 3D

Kehangatan fenomena Squid Game masih lagi dirasai di setiap pelusuk negara selepas drama siri itu mendahului carta di 80 buah negara. 

Semalam kami melaporkan kemungkinan terdapat ura-ura di mana sebuah permainan berasaskan drama siri survival Korea, Squid Game sedang dibangunkan, hari ini sebuah pembangun daripada Turki melancarkan Squid Game 3D.

Dilaporkan oleh GamingonPhone, Click Game Studio, mengumumkan pelancaran permainan mereka melalui laman rasmi Instagram mereka.

Permainan Squid Game 3D atau Squid Game Battle ini menampilkan cabaran seperti di dalam drama siri itu. Ia didatangkan dengan tiga permainan iaitu iaitu Red Light-Green Light, Ppopgi dan Marbles. Manakala bagi permainan Glass dan Rope Race pihak pembangun menjanjikan akan dimasukkan melalui kemaskini akan datang. 

Permainan ini boleh dimuat turun secara percuma di laman TapTap dengan nama Squid Game 3D, atau di Google Play Store dengan nama Squid Game Battle. 

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+