Suami cemburu jual semua permainan video isteri kerana tidak percayakan ‘suami virtual’

Seorang suami yang cemburu menjual hampir kesemua permainan video milik isterinya kerana dia tidak selesa dengan hubungan isterinya dengan karakter lelaki virtual.

Di Reddit, seorang lelaki menjual permainan video Harvest Moon dan Stardew Valley milik pasangannya.

Difahamkan, isunya bermula apabila isterinya ‘berkahwin’ dengan lelaki virtual dalam permainan.

“Saya mahu kami menjadi pasangan yang komited.

“Saya bertoleransi dengannya bermain permainan video simulasi peladang seperti Harvest Moon dan Stardew Valley, tetapi kini dah berkahwin saya mengharapkan dia komited kepada saya seorang sahaja bukannya suami virtual,” katanya.

Suaminya juga menjual Game Boy Advance dan GameCube milik isterinya ke eBay dan memaksa isterinya untuk membuang Stardew Valley dari komputernya.

Apakah moral untuk cerita ini?

Anda perlu ingat dan mengetaui perbandingan dan perbatasan seorang pemain permainan video yang meminati karakter di dalam permainan video.

RELATED NEWS

+