Suhaz Esports masih mengekalkan momentum dari minggu lepas, tumbangkan SMG 2-0

Perlawanan pembukaan di antara dua pasukan tanah air, Suhaz Esports dan pasukan SMG. Adakah Suhaz Esports mampu mengekalkan momentum mereka seperti minggu lepas selepas menewaskan Orange Esports 2-1?

Jom tengok keputusan di bawah:

PERLAWANAN PERTAMA

Di perlawanan pertama, perlawanan menjadi agak sengit apabila Ling diambil sebagai core Team SMG. Namun, pemilihan Harley oleh Box membuahkan hasil apabila berjaya menangkap hero fighter yang kuat seperti Ruby dan juga Esmeralda.

Kemenangan di Lord pada minit terakhir memberikan mereka peluang untuk push sehingga menang.

Gelaran MVP diberikan kepada Hyhy yang mempamerkan aksi Benedetta yang cukup menggerunkan, beliau bijak mengatur masa bagi memasuki perlawanan untuk memberikan damage yang tinggi kepada pasukan SMG.

PERLAWANAN KEDUA

Di perlawanan kedua, kesemua pasukan Suhaz menggunakan hero signature seperti Vale, Baxia, Chou, Benedetta dan Jawhead. D Ace yang membuka map dan berjaya menangkap core membuatkan Suhaz lebih ke depan. Ini juga kombo bersama AJ yang berjaya ulti Sasa berulang kali.

Sampai satu saat, kematian Alice memberikan peluang Suhaz mendapatkan Lord dan push hingga kemenangan.

Ahli pasukan SMG kecundang satu per satu pada minit akhir dan memberi ruang kepada Suhaz tamatkan perlawanan.

Hyhy sekali lagi memegang gelaran MVP buat perlawanan kedua ini. Seperti biasa kita lihat, kebanyakkan gelaran MVP akan dimiliki oleh hyper/jungler akan tetapi Hyhy mampu memberikan prestasi yang cemerlang dan konsisten dan membuktikan gold lane juga layah untuk mendapat MVP.

RELATED NEWS

+