Suhaz Esports menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir

Banjir yang melanda Malaysia baru-baru ini amat memberi kesan kepada penduduk Lembah Klang. Ramai di antara mangsa yang kehilangan tempat kediaman dan bermalam di masjid.

Oleh kerana itu, terdapat banyak badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga badan-badan kerajaan yang memberikan bantuan kepada mangsa banjir ini.

Salah satu dari mereka adalah Suhaz Esports di mana mereka sempat memberikan bantuan di kawasan kompleks Penghulu Mukim Beranang, Hulu Langat dan juga masjid Taman Cheras Jaya, Balakong.

Bantuan bekalan yang berbentuk barangan mandian, makanan dan ubat-ubatan diagihkan kepada mangsa.

Syabas diucapkan kepada mereka kerana sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Semoga usaha murni ini diteruskan untuk memberikan sedikit sebanyak senyuman kepada mangsa.

Foto: Suhaz Esports

RELATED NEWS

+