Suhaz Esports tamatkan kemenangan 100% HomeBois

Suhaz Esports berjaya menamatkan kemenangan 100% HomeBois di minggu keempat Liga Profesional MLBB (MPL) MY S9 sebentar tadi.

Mereka berjaya mendapatkan kemenangan 2-0 selepas membawa masuk pemain dari Suhaz Junior iaitu Zed.

Pada perlawanan kedua, HomeBois cuba kelainan dengan membawa masuk Diggie tapi strategi ini kurang berhasil kerana Suhaz Esports mempunyai Kaja yang boleh menarik backline HomeBois dengan mudah.

Yang paling memberi impak adalah Eavy menggunakan Esmeralda yang mengganggu backline HomeBois sementara Suhaz mendapatkan Lord.

Seperti yang kita lihat, Suhaz mencatatkan damage yang tinggi dari AJ dan juga Box. Namun, Eavy adalah damage dealer tertinggi.

Kini, HomeBois tidak lagi memegang 100% kadar kemenangan namun mereka masih punya banyak waktu untuk mengejar ranking.

RELATED NEWS

+