Suhaz Esports terus mengekalkan prestasi yang cemerlang di minggu ketiga, tewaskan EBLZ 2-0

Perlawanan pembukaan MPL Malaysia hari kedua minggu ketiga menyaksikan pasukan EBLZ bertemu dengan Suhaz Esports. Sebelum ini EBLZ tewas di tangan pasukan Suhaz di minggu pertama.

PERLAWANAN PERTAMA

Suhaz Esports menggunakan Ling untuk mudah bergerak melakukan rotasi untuk memberi tekanan kepada pasukan EBLZ, pasukan EBLZ bermain dengan baik pada minit awal permainan. Draft EBLZ sangat kuat pada peringkat early game tetapi mereka lebih bermain pasif mada fasa mid game.

Suhaz Esports semakin lama semakin kuat selepas Eavy, Hyhy sudah mendapat barang core mereka. Damage yang terlalu tinggi dikeluarkan oleh Ling dan Pharsa menjanjikan kemenangan buat pasukan Suhaz Esports.

PERLAWANAN KEDUA

Suhaz Esports menggunakan draft yang memberikan burst damage yang tinggi seperti Selena, Lancelot dan Hayabusa. Manakala EBLZ mengharapkan draft late game seperti Beatrix dan Esmeralda. Suhaz menggunakan kelebihan draft mereka untuk memberikan tekanan kepada pasukan EBLZ.

Suhaz Esports mengawal permainan dengan begitu baik sekali dan mereka terus mendapatkan Lord yang pertama untuk menamatkan permainan dengan abyssal arrow yang sangat tepat dari AJ. Suhaz mengambil kemenangan bersih 2-0 pada minit ke-14.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

RELATED NEWS

+