Suhaz Esports umum pencarian barisan pemain baru

Pasukan Suhaz Esports sebelum ini melepaskan kesemua pemain MPL mereka. Keputusan itu dibuat walaupun ianya menjadi berita sedih buat organisasi itu.

Namun begitu, mereka kini mengumumkan pengambilan bakat-bakat baru untuk diisi di dalam pasukan Suhaz Esports.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Suhaz Esports (@suhaz.esports)

Bagi mereka yang ingin menyertai pemilihan barisan pemain Suhaz Esports. Syaratnya adalah seperti berikut.
  • Minima Ex 1500 mata dan ke atas
  • Minima 16 tahun
  • Mampu untuk komited di dalam fasa percubaan
  • Bersedia untuk ditempatkan di gaming house di Semenyih, Selangor jika terpilih

Adakah anda semua mempunyai kriteria dan pengalaman yang diperlukan bagi mengisi kekosongan barisan pemain Suhaz Esports?

Jika anda masih belum cuba, inilah masanya untuk menjadi salah seorang pemain profesional. Jangan tunggu lagi.

RELATED NEWS

+