Suhaz masih ‘berdendam’ dengan Todak, ingin kalahkan mereka esok

Suhaz Esports nampaknya bakal memberi saingan sengit kepada Todak di perlawanan upper bracket Liga Profesional MLBB (MPL MY) musim kesembilan esok.

Dalam satu video temubual kami bersama Pengurus Pasukan, Muhamad Fadhil Hishamuddin (Padel) menzahirkan rasa tidak puas hati kalah di lower bracket MPL MY S7 sebelum ini.

@mygameondotmy @todak.gaming kena jaga-jaga dengan dendam @suhaz.esports ! #fypシ #mobilegend #mlbb #mplmy #mpl ♬ 봄여름가을겨울 (Still Life) – BIGBANG

Katanya, kekalahan itu menyebabkan Suhaz tidak berjaya merampas slot ke MSC yang dimenangi Todak ketika itu.

“‘Dendam’ itu kami bawa sampai ke hari ini dan kami mahu kalahkan mereka esok,” katanya.

MPL MY S9 kini masuk ke babak playoffs di mana Todak dan Suhaz sudah pun layak ke upper bracket final selepas masing-masing menewaskan Team SMG, 2-0 dan RED Esports, 2-1.

Sebanyak AS$100,000 (RM431,000) dipertandingkan antara lapan pasukan.

Pemenang dan naib juara akan layak ke Piala Asia Tenggara (MSC) 2022 pada Jun ini.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+