Sukan SEA 2019: Malaysia Tinggal Selangkah Lagi Rangkul Emas Pertama

Pemain Hearthstone negara, Yew Weng Kean (Wkyew90) (kiri) hanya tinggal selangkah lagi bagi menghadiahkan emas pertama buat Malaysia dalam kategori e-sukan di temasya dwi-tahunan Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Manila, Filipina sejak semalam.

Wyyew90 menentang Singapura hari ini tapi tewas 2-3, seterusnya menjunamkannya ke kumpulan kalah (lower bracket). Tapi perjuangannya tidak terhenti apabila menang 3-0 ke atas Thailand dan mara ke separuh akhir kumpulan kalah.

Dua kemenangan seterusnya ke atas Vietnam (3-2) dan Singapura (3-1) seterusnya melayakkan Malaysia berpeluang merebut emas di pusingan pingat emas pada Ahad nanti.

Selain Hearthstone, Mobile Legends yang berlangsung hari ini menyaksikan Malaysia terjunam ke final kumpulan kalah selepas tewas berdepan gergasi Indonesia hasil gabungan pemain-pemain juara dunia, EVOS Legends 0-2.

Sukan SEA 2019 mempertandingkan enam kategori e-sukan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Arena of Valor, Tekken 7, Hearthstone, Starcraft II dan Dota 2. 

LivestreamYoutube Razer boleh disaksikan di dan juga Twitch.

(Foto: M8HEXA)

RELATED NEWS

+