Sukan SEA 2019: Pemenang Emas Pertama Kita Adalah Seorang Pensyarah Kejuruteraan

Atlet negara yang juga pemenang pingat emas pertama buat Malaysia bagi kategori e-sukan di temasya dwi-tahunan Sukan SEA 2019, Dr. Yew Weng Kean adalah pensyarah kejuruteraan dan Professor Madya di Heriot-Watt University.

Beliau yang juga dikenali sebagai Wykew menundukkan Thailand pada pusingan penentuan pingat emas sebentar tadi dengan skor 3-1. Satu kemenangan cantik.

Weng Kean juga sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ibu bapanya juga hadir pada pusingan terakhir Hearthstone dan memberi sokongan hingga ke majlis penyampaian pingat emas.

Ini menunjukkan e-sukan Hearthstone mengumpulkan atlet-atlet negara yang bukan saja handal dalam e-sukan tapi juga mempunyai kelayakan akademik yang bagus. Pokok pangkalnya, seimbangkan kedua-duanya!

Hearthstone adalah permainan kad keluaran Blizzard yang menampilkan pelbagai karakter dari dunia permainan itu. Pemain mencipta dek sendiri dengan kad yang dibezakan mengikut jumlah kristal. Terdapat kad berlawan (minions), kad serangan dan bantuan.

Permainan ini amat menguji minda, malah komuniti e-sukan juga ada mengaitkan teknik permainan ini memerlukan fokus yang tinggi sama seperti permainan catur.

RELATED NEWS

+