Sukan SEA 2019: Thailand Bolot Emas Dalam Arena Of Valor

Pasukan Thailand berjaya raih emas pertama dalam Arena of Valor di temasya dwi-tahunan Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filoil Arena, Manila, Filipina sebentar tadi.

Thailand berjaya mendapatkan kemenangan bersih 3-0 ke atas skuad Garuda di pusingan penentuan pingat emas.

Ini adalah kali pertama Sukan SEA mempertandingkan pingat bagi acara e-sukan yang dibahagikan kepada enam permainan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Hearthstone, Dota 2, Tekken 7, Arena of Valor dan Starcraft II.

Pasukan Malaysia sudah pun tewas pada pusingan separuh akhir kumpulan kalah (lower bracket) semalam bertembung Vietnam. 

(Foto: WPF)

RELATED NEWS

+