Sukan Tennis Australian Open 2025 tukar pemain jadi avatar seakan Wii Sports

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Australian Open adalah salah satu pertandingan tennis terbesar tahun ini yang kini sedang berlangsung di Melbourne, Australia.

Tetapi untuk menonton perlawanan ini secara percuma sangat susah kerana ia mengikut lokasi atau akses anda kepada rancangan sukan sebegini.

Foto: Australian Open 2025

Australian Open membuat satu solusi yang paling menarik iaitu menukarkan rupa pemain profesional tennis menjadi avatar seakan-akan karakter Wii.

Beberapa penyiaran sukan sebelum ini juga menggunakan motion capture atau AI untuk menunjukkan perlawanan secara siaran langsung tanpa tersangkut dengan akta hak cipta.

Foto: Australian Open 2025

Sebelum ini NFL menggunakan Homer Simpson dan keluarga sebagai pemain-pemain american football di Disney+.

Menurut wartawan tennis Bastien Fachan, perlawanan Australian Open disiarkan secara online tetapi pemain-pemain profesional seakan-akan karakter Wii Sports Tennis.

Pertandingan ini bersiaran langsung sejak 6 Januari lagi di YouTube tetapi mereka menggunakan avatar karakter digital seperti permainan video.

Walaupun tidaklah sempurna, tetapi melihat atlet versi virtual bermain tennis sangat mengimbau kembali zaman Kinect.

Pihak penganjur lakukan sebegini untuk mengelak daripada akta hak cipta YouTube.

Mungkin inilah masa depan penstriman siaran langsung sukan.

RELATED NEWS

+