melaporkan tiga e-sukan yang akan dipamerkan di Esports Experience sempena SUKMA 2018 yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak."> melaporkan tiga e-sukan yang akan dipamerkan di Esports Experience sempena SUKMA 2018 yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak." /> melaporkan tiga e-sukan yang akan dipamerkan di Esports Experience sempena SUKMA 2018 yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak." />

SUKMA 2018: YB Howard Menjelaskan Kenapa Dota 2 Tidak Disertakan

Semalam, kami melaporkan tiga e-sukan yang akan dipamerkan di Esports Experience sempena SUKMA 2018 yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

YB Howard Lee bersama pemain industri dan media di Battle Arena, Petaling Jaya, Selangor

Pada mulanya Dota 2 ada dalam perancangan untuk dipamerkan dalam acara itu namun pelannya ditarik balik atas beberapa sebab. Pengerusi Jawatankuasa PPBS Negeri Perak, YB Howard Lee Chuan How berkata, kebanyakan pemain profesional Dota 2 sedang sibuk dengan kejohanan luar dan tak mempunyai masa terluang untuk kembali ke Malaysia.

“Dota 2 tidak akan ada. Ia akan diganti dengan Pro Evolution Soccer kerana pemain-pemain yang telah kami jemput (pakar dan terkenal dalam Dota 2), semuanya sibuk kerana sedang menyertai kejohanan luar di Eropah, China yang mempunyai prize pool sangat menarik,” katanya dalam satu sidang media di Battle Arena, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Dalam satu tembual penulis bersama pemain Malaysia, xNova yang kini bermain di bawah skuad PSG.LGD Dota 2 pula, beliau mengatakan tarikh 21 September hingga 22 September adalah tarikh kejohanan berlangsung, bermakna musim baru Dota Pro Circuit sudah pun bermula.

Ditambah lagi dengan tarikh akhir pendaftaran roster bagi musim baru DPC yang akan tamat pada 15 September ini, adalah logik kalau pemain Dota 2 negara yang berada di luar Malaysia sedang bertungkus lumus untuk mempersiapkan diri mereka menghadapi Minor/Major seterusnya.

Sementara itu, tiga e-sukan yang sudah pun sah akan dipamerkan dalam SUKMA 2018 ialah Mobile Legends, FIFA 18 dan Pro Evolution Soccer.

Usaha mempamerkan e-sukan di SUKMA 2018 ini antara usaha kerajaan Negeri Perak dalam memperkasakan lagi industri berkaitan dan memberikan pendedahan kepada golongan bukan gamers untuk memahami lebih mendalam mengenai e-sukan.

RELATED NEWS

+