Super People Mobile: PUBG bercampur kuasa macam X-Men

Super People adalah permainan video battle royale seakan-akan PUBG tetapi dengan sedikit penukaran seperti sistem class dengan kuasa masing-masing.

Kini muncul satu subgenre baru battle royale iaitu manusia dengan kuasa luar biasa.

Permainan battle royale seperti Bloodhunt dan juga Naraka: Bladepoint juga mempunyai karakter dengan kuasa dan skill masing-masing.

Percubaan Alpha sudah habis baru-baru ini untuk Super People di Korea Selatan.

Wonder People, iaitu pembangun di sebalik Super People juga memberitahu mereka bakal melancarkan server Global dalam masa terdekat nanti.

Super People akan dilancarkan ke platform PC, mudah alih dan juga konsol.

Tak sabar nak cuba nanti.

RELATED NEWS

+