Super Smash Bros Ultimate Summit 3 berjaya raih RM420 ribu jumlah hadiah terkumpul

Beyond The Summit kini berjaya memecahkan rekod Super Smash Bros. apabila Ultimate Summit 3 menjadi pertandingan kedua Super Smash Bros. yang berjaya melebihi AS$100 ribu.

Nintendo memang terkenal dengan semangat kurang kerjasama untuk menaja permainan video mereka kerana beranggapan e-sukan adalah tidak menguntungkan atau tidak popular.

Mereka lebih suka permainan mereka dimain secara kasual bukan kompetitif.

Jadi apabila Super Smash Bros berjaya meraih lebih dari RM420 ribu jumlah hadiah terkumpul, nyata satu sejarah besar di dalam dunia kompetitif Super Smash Bros.

Ultimate Summit 3 akan bermula pada 26 Ogos sehingga 30 Ogos ini.

RELATED NEWS

+