Supercell Catat Keuntungan USD1.4 Bilion Pada 2018

Supercell, syarikat pembangun permainan peranti pintar dari Finland, mencatatkan keuntungan USD1.4 bilion pada tahun 2018, mengikut laporan terbaru dari Sensor Tower. 

Dari jumlah itu, 42% daripadanya merangkumi Clash Royale dan permainan terbaru, Brawl Stars juga meningkat naik sejak dilancarkan secara global pada Disember walaupun hanya berusia setengah bulan.

Mengikut data mereka juga, Clash Royale untung sebanyak USD597 juta berbanding USD567 juta bagi Clash of Clans. Permainan berasaskan pembinaan ladang, Hay Day pula untung USD154 juta. Daripada semua itu, Boom Beach yang paling kurang untung, hanya mencatatkan sebanyak USD42 juta antara bulan Januari dan Disember.

Brawl Stars pula mencatatkan USD46 juta antara tarikh 12 Disember hingga akhir tahun lepas, berbanding USD49.8 juta dibelanjakan pemain dalam Clash Royale. Ini menunjukkan Brawl Stars meningkat sebanyak 92% dari segi keuntungan.

Pastinya kita akan nampak angka itu terus meningkat pada bulan ini dan seterusnya dan tak mustahil ia akan melangkau lebih USD60 juta pada jangka masa sebulan saja dilancarkan.

Sumber: SensorTower

RELATED NEWS

+