Supercell mengumumkan permainan terbaru mereka – Everdale

Pembangun permainan peranti mudah alih popular, Supercell baru-baru ini mengumumkan satu permainan terbaru yang dilancarkan oleh mereka.

Ianya diberi nama Everdale, permainan ini memfokuskan pembinaan bandar yang berkembang dari semasa ke semasa, corak permainan boleh dikatakan mempunyai elemen Clash of Clans.

Para pemain perlu mengumpulkan bahan-bahan seperti kayu balak untuk membina bangunan yang baru dan bangunan itu akan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.

Tujuan permainan ini dilancarkan adalah sebagai alternatif untuk Clash of Clans, mereka yang bermain permainan ini tidak akan merasa tertekan kerana ianya tidak mempunyai fungsi PVP (player vs player) dan Supercell juga memberitahu bahawa mereka cuba menerapkan konsep itu sebaik mungkin.

Pemain hanya perlu melihat bandar mereka berkembang dari hari ke hari dan berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan yang turut serta bermain.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan ini, anda boleh memuat turun di platform Apple Appstore dan Google Playstore sekarang!

RELATED NEWS

+