Supervive kini membuka tirai mereka untuk dimainkan di server Asia, Eropah dan Amerika Utara.
Sebelum ini Supervive digelar Project Loki hasil kerjasama Theorycraft Games iaitu studio yang mempunyai pembangun dari bekas pekerja Riot dan Blizzard.
Supervive adalah permanan video MOBA campuran battle royale yang cuba membawa kelainan dalam pasaran yang kini kurang MOBA baharu dikeluarkan.
Setiap karakter akan mempunyai skill tersendiri dengan cara permainan yang unik.
Boleh dikatakan anda perlu membidik setiap skill sendiri malah auto attack pun perlu dibidik ke arah mana anda mahu menyerang.
Rekaan karakter juga membawa gabungan seni rekaan dari Riot dan Blizzard.
Walaupun battle royale permainan Supervive sangat cepat sehingga dalam masa satu jam anda boleh bermain dalam 5-6 game cukup untuk memuaskan diri.
Permainan Supervive sangat mengingatkan pemain kepada Battlerite iaitu MOBA lama yang sudah ditutup.
Dalam Supervive hanya skillshot yang memainkan peranan penting dan sedikit berbeza dari battle royale lain kerana anda perlu membunuh creeps yang ada diserata peta untuk mendapatkan loot bagi menguatkan karakter anda.
Anda kini boleh bermain demo Supervive di pelantar Steam secara percuma.