Surgeon Simulator Di Nintendo Switch Membolehkan Korang Membedah Pesakit Di Mana-Mana Sahaja

Jika korang masih lagi menyimpan hasrat untuk menjadi doktor atau sudah pun menjadi doktor bertauliah, Surgeon Simulator ialah sebuah game berbentuk simulasi pembedahan menarik dan lucu dalam perspektif first-person.

Dalam game ini, pemain akan mengambil peranan pakar bedah bernama Nigel Burke membedah pesakit-pesakit menggunakan cara dan peralatan luar biasa di merata-rata tempat sama ada di hospital ataupun di kapal angkasa tanpa tarikan graviti.

Pada tahun ini, pembangun game Bossa Studios mengumumkan mereka akan mengeluarkan Surgeon Simulator untuk Nintendo Switch berjudul Surgeon Simulator CPR. CPR itu sebenarnya tidak merujuk kepada bantuan pernafasan cardiopulmonary resuscitation tetapi sebaliknya bermaknanya ‘Co-op Play Ready’.

Khas untuk versi Nintendo Switch, korang boleh bermain dengan pasangan korang untuk melakukan apa-apa sahaja untuk menyelamatkan pesakit di atas meja pembedahan.

Trailer terbaru Surgeon Simulator CPR menunjukkan 2 pemain membongkah dan menyusun segala jenis organ buah pinggang, jantung dan macam-macam lagi dalam tubuh badan pesakit dengan menggunakan joy-con Nintendo Switch semasa menaiki sebuah bas. Jom kita lihat video lucu di bawah:

Game ini sudah dikeluarkan untuk PC pada tahun 2013 dan kemudian dikeluarkan untuk mobile dan konsol setahun kemudian. Setakat ini, Surgeon Simulator CPR untuk Nintendo Switch tiada tarikh keluaran rasmi tapi dijangka akan keluar pada musim luruh tahun ini.

Sumber: Pocket Gamer UK

RELATED NEWS

+