Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Keturunan terakhir dari Exorcists of Nuo, Suyou kini akan memasuki Land of Dawn.
Hero baru ini akan hadir ke MLBB pada 21 September ini.
Suyou mempunyai kelebihan untuk menjadi assassin tetapi dengan keupayaan seorang fighter.
Skill Suyou
Suyou mempunyai keunikan dimana skillnya akan berubah mengikut apa yang anda lakukan iaitu samada menekan atau menahan skillnya.
Dia mempunyai dua form aitu Mortal form apabila menekan skillnya dan menjadi Immortal Form apabila skill ditahan lama.
Pasif – Transient Immortal
Mortal Form
Suyou bertukar ke Mortal Form dan menerima Movement Speed.
Immortal Form
Suyou bertukar menjadi Immortal form, meningkatkan jarak Basic Attack dan Damage Reduction. Apabila terkena Physical Attack dari musuh, Damage Reduction ini akan meningkat.
Skill 1 – Blade Surge
Mortal Form
Suyou membaling senjatanya ke hadapan dan membuat damage ke musuh. Dia kemudiannya akan menangkap senjata itu untuk membuat damage ke belakangnya.
Immortal Form
Dengan menahan butang skill ini, Suyou akan maju ke depan dan membuat damage ke musuh. Apabila terkena musuh dia akan berhenti dan membuat damage dan stun dalam bentuk segi empat tepat di hadapan.
Jarak skill ini akan meningkat jika menahan butang skill dengan lebih lama.
Skill 2 – Soul Sever
Mortal Form
Suyou akan membuat satu ayunan membuat Physical Damage dalam bentuk kipas. Damage tambahan akan dibuat mengikut jumlah HP musuh yang hilang.
Immortal Form
Dengan menahan skill ini Suyou akan membuat tiga pukulan dalam bentuk kipas.
Untuk dua serangan pertama hanya Physical Damage dibuat dan pada serangan ketiga Physical Damage dan restore HP akan diberikan kepada Suyou.
Skill 3 – Evil Queller
Mortal Form
Suyou akan meluncur ke belakang sambil menghayunkan senjatanya.
Jika terkena musuh damage dan slow akan dibuat.
Immortal Form
Menahan skill ini Suyou akan mengecas satu panah yang membuat Physical Damage.
Lebih lama kill ini ditekan lebih tinggi damage dan jarak skill ini.
Adakah hero ini bakal memberi impak besar buat meta MLBB nanti?