Sword Art Online Variant Showdown akan dikeluarkan tahun ini

Sword Art Online Variant Showdown merupakan permainan video baru aksi terbaru dari siri anime popular ini.

Pra-pendaftaran juga telah dibuat dan permainan video ini dikeluarkan adalah untuk menyambut ulang tahun ke-10 Sword Art Online (SAO).

Permainan ini akan membawa anda ke dunia SAO sekali lagi kini dalam permainan aksi pantas 3D serta beberapa mod berbeza untuk anda cuba.

Tidak banyak maklumat dinyatakan mengenai permainan ini namun, Kirito akan kembali seperti biasa bersama-sama rakan seperjuangannya.

Jangan lupa pra-daftar di laman rasmi Sword Art Online Variant Showdown.

Sword Art Online Variant Showdown dijangka akan dikeluarkan tahun ini di 2022 untuk Android dan iOS.

RELATED NEWS

+