Syarikat Tempatan Lemon Sky Studios Terlibat Dalam Pembangunan Final Fantasy VII Remake Dan Resident Evil Resistance

Dalam masa beberapa minggu lepas, terdapat banyak judul permainan video menarik yang telah dilancarkan. Antara yang paling dinanti-nantikan adalah Final Fantasy VII Remake (FF7R) dan juga Resident Evil 3. Mesti anda tidak sangka bahawa ada studio dari Malaysia yang terlibat dalam pembangunan kedua-dua judul ini.

Lemon Sky Studios merupakan sebuah studio CGI dan animasi tempatan yang terlibat dalam pembangunan Final Fantasy VII Remake dan juga komponen multi-pemain Resident Evil 3 iaitu Resident Evil Resistance.

Mereka telah ditugaskan oleh Square Enix (pembangun FF7R) untuk menghasilkan pelbagai aset 3D. Untuk Resident Evil Resistance pula, mereka diupah oleh NeoBards Entertainment untuk menghasilkan aset 3D untuk watak-watak dan persekitaran dalam permainan tersebut.

Kedua-dua judul tersebut sering dipuji kerana mempunyai kualiti grafik yang sangat tinggi. Ini bermaksud Lemon Sky Studios tergolong dalam pihak yang memastikan kedua-duanya mendapat pujian-pujian sebegitu.

Ini merupakan dua pencapain baharu yang sangat hebat daripada studio tersebut. Sebelum ini, mereka juga terlibat dalam pembangunan judul-judul terkenal lain seperti Marvel’s Spider-Man dan Uncharted: The Lost Legacy.

Sebagai penggemar permainan video di Malaysia, penulis merasa sangat bangga dengan pencapaian studio ini. Penulis juga berharap Lemon Sky Studios mengekalkan prestasi tinggi ini dan teruskan menaikkan nama Malaysia dalam industri permainan video antarabangsa.

RELATED NEWS

+