Syarikat tempatan Lemon Sky Studios terlibat dalam pembangunan The Last of Us Part II

Permainan video terbaru daripada studio Naughty Dog iaitu The Last of Us Part II akhirnya telah dilancarkan di seluruh dunia. Para pemain PlayStation 4 (PS4) di Malaysia semestinya teruja mendapat tahu bahawa sebuah studio seni tempatan juga terlibat dalam pembangunan judul tersebut.

Lemon Sky Studios mendedahkan bahawa mereka terlibat dalam menghasilkan kerja seni dan grafik untuk The Last of Us Part II. Ini bukan kali pertama studio tempatan tersebut bekerjasama dengan Naughty Dog. Lemon Sky Studios juga pernah terlibat dalam pembangunan Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy.

“Untuk mencapai tahap kualiti kerja seni yang tertinggi, kami sentiasa berkomunikasi dengan pasukan seni di Naugty Dog sambil meramalkan dan memperbaiki apa-apa masalah sebelum ianya terjadi. Kami melakukan tugasan kami ibarat permainan video ini adalah permainan video buatan kami sendiri.”

– Paul Wang, Pengarah Seni di Lemon Sky Studios

Satu lagi permainan video hebat tahun ini yang pembangunannya juga melibatkan Lemon Sky Studios ialah Final Fantasy VII Remake. Studio tersebut juga telah bekerjasama dengan Electronic Arts dan Petroglyph dalam pembangunan Command & Conquered: Remastered Collection.

The Last of Us Part II kini boleh dimain secara eksklusif di PS4 dan ada kemungkinan sebuah versi PlayStation 5 (PS5) akan dilancarkan pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+