Syno dan Lolealz bersama RSG MY, Yoodo umum kolaborasi bersama

Dua pemain Mobile Legends, Syno dan Lolealz sah menyertai skuad RSG MY hari ini. Ia diumumkan dalam satu acara Yoodo Powers Up 2021 petang tadi.

Dalam pada itu, Yoodo juga mengumumkan kolaborasi strategik bersama RSG MY yang melihat kepada pengumuman Yoodo RSG MLBB.

Ini adalah lineup penuh pasukan tersebut:

  • Logan – Abdul Wandi, Tank/Support;
  • Leixia – Ahmad Ali Huzaifi, Mid/Core;
  • Zaraki – Jamil, Offlane;
  • Rush – Herwin, Tank; Kaizer – Isme Haqeem, Offlane;
  • Lolealz – Ealtond Rayner, Offlane; 
  • Syno – Mohamad Amir Afdhal.

Yoodo juga memperluaskan pengaruh mereka dengan pengumuman Yoodo RSG CODM (Call of Duty: Mobile).

Ia dianggotai oleh Abdul Hakiem, Farriis Rauf, Muhammad Azri, Ameer Imran dan Muhammad Irfan Danial.

Aiman

“Kami menghubungkan komuniti e-sukan dalam satu cara yang unik untuk melahirkan juara dalam semua kejuaraan. Apabila menyebut tentang meluaskan pengaruh di Malaysia, Yoodo adalah yang paling sesuai. Kami teruja menyaksikan kolaborasi ini membawa pemain kami ke tahap lebih baik,” kata Aiman Wafiy Roslan, Pengurus Operasi RSG Malaysia.

RELATED NEWS

+