Tabah NSEA dan Geek Fam adalah wakil Malaysia ke Sukan SEA ke-31

Dalam perlawanan kelayakan Sukan SEA ke-31 berlangsung hujung minggu lepas selama tiga hari, pasukan Tabah NSEA dan Geek Fam berjaya menjadi wakil Malaysia untuk bertanding di temasya sukan itu yang akan diadakan di Hanoi, Vietnam pada bulan Mei ini.

Kedua-dua pasukan PUBG Mobile itu akan mengambil bahagian dalam kategori acara berkumpulan (4 orang).

Masing-masing mengumpulkan skor 167 dan 156 mata setakat peta terakhir. SEM9 yang kecundang pada hari pertama juga berjaya daki hingga tempat keempat. 

Sukan SEA ke-31 dijangka berlangsung pada 12 Mei hingga 23 Mei ini.

Nama-nama kontinjen negara akan diumumkan tak lama lagi manakala 14 Mac pula akan dimulakan sesi kem latihan (bootcamp).

Setiap atlet yang terpilih akan mewakili Malaysia dan akan menyertai bootcamp selama dua bulan di Casa Bukit Jalil dan di EBN Esports Arena di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Skuad Malaysia pernah memenangi pingat emas untuk Hearthstone dan pingat gangsa untuk Mobile Legends: Bang Bang.

Sukan SEA Hanoi 2021 mempertandingkan MLBB, PUBGM (solo), PUBGM (acara berpasukan), Wild Rift (wanita), Wild Rift (lelaki), Free Fire, FIFA Online 4, League of Legends, Arena of Valor dan Crossfire.

@mygameondotmy Tahniah Tabah NSEA dan Geek Fam! #SukanSEA #pubgmobile #fyp #kakigaming #tiktokmalaysia ♬ Sport Trap Background(781699) – TimTaj

Foto: Facebook Negeri Sembilan Esports Association 

RELATED NEWS

+