PUBG Mobile melancarkan kemaskini Versi 3.5 dengan pelbagai penambahbaikan menarik. Pemain kini boleh meneroka Icemire Frontier dan bertempur dengan Frostborne Dragon, serta menemui harta tersembunyi di peta Erangel, Livik, dan Vikendi.
Selain itu, kemaskini ini turut menambah item baru, musuh, serta koleksi menarik di Metro Royale.
Cabaran di Icemire Frontier
Di Icemire Frontier, pemain boleh menjelajah kawasan baru dan bertempur di Dragon’s Lair untuk mengalahkan Frostborne Dragon. Kemaskini ini juga memperkenalkan item baru seperti Frostsoul Spear dan Frostsoul Warhammer, serta dua tunggangan baru—Mammoth dan Sabertooth Tiger—untuk pengalaman permainan yang lebih mendalam.
Penambahbaikan Classic Mode & World of Wonder
Classic Mode kini hadir dengan penambahan kuda dua orang dan M79 Smoke Grenade Launcher, serta PMGC Photo Spots untuk merakam kenangan.
World of Wonder pula menawarkan peta baru Destructible Town dan mod Dorm Sniper Battle, serta item bertemakan salji seperti Sabertooth Tiger dan Fighter Jet.
Kemaskini Metro Royale & Home Mode
Metro Royale kini menambah musuh Sabertooth Tiger dan Winter Crates dengan barangan berharga.
Home Mode juga memperkenalkan tema musim sejuk dengan Lily, pembantu rumah baru, dan gaya musim sejuk. Pemain juga boleh menyertai Frost Festival untuk meraih ganjaran eksklusif.
Cycle 7 Season 21
Kemaskini Versi 3.5 juga memperkenalkan Cycle 7 Season 21 dengan item lagenda baru seperti C7S21 Glasses dan C7S21 – MG3. Hadiah baru turut ditambah untuk Classic dan Casual Season, memberi lebih banyak peluang untuk pemain mengumpul ganjaran.
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!