Team Bosskurr gagal menumpaskan Suhaz Esports

Team Bosskurr harus memenangi perlawanan pada hari ini untuk meningkatkan peluang mereka ke peringkat playoff. Namun begitu, lawan mereka adalah Suhaz Esports, salah satu pasukan yang konsisten ketika ini.

Suhaz Esports menunjukkan mereka adalah salah satu pasukan yang harus disegani. Draft yang ditunjukkan pasukan Suhaz Esports lebih baik pada perlawanan pertama.

Baxia dan Kimmy memberikan tekanan yang hebat kepada Team Bosskurr. Pasukan Suhaz Esports menyerlah dan mendapatkan kemenangan.

Perkara yang sama berulang pada perlawanan kedua, pasukan Team Bosskurr tidak dapat menahan damage yang begitu tinggi dari Lunox dan Beatrix.

Meskipun Team Bosskurr berjaya mendapatkan Lord pada saat akhir. Mudah sahaja Lunox meratakan pasukan Team Bosskur dan mereka terus push ke arah crystal untuk mendapatkan kemenangan bersih 2-0.

Pasukan Team Bosskurr harus memenangi perlawanan pada minggu hadapan bagi melayakkan diri ke peringkat lower bracket playoff.

 

 

RELATED NEWS

+