Team Bosskurr harus memenangi perlawanan kali ini menentang Orange Esports bagi mendapatkan slot ke playoff MPL Malaysia musim kelapan.
Orange Esports adalah juara bagi kumpulan A dan permainan mereka sangat konsisten ketika ini. Bosskurr harus berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memenangi perlawanan.
Perlawanan pertama tidak memihak kepada Team Bosskurr, mereka diasak oleh Leomord yang dimainkan LinkEzaa. Burst damage yang dikeluarkan LinkEzaa sangat tinggi dan sangat sukar untuk di counter.
Selain itu, isonic yang menggunakan Natan memberikan tambahan firepower kepada pasukan Orange Esports dan Team Bosskur harus akur dengan kekalahan pada minit ke-10.
Perlawanan kedua pula menyaksikan kedua-dua pasukan tidak mempunyai kelebihan antara satu sama lain sehingga pasukan Team Bosskurr berjaya mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-15.
Squpoz berjaya mengawal pasukan Orange Esports di base mereka menggunakan Alice dan akhirnya Orange Esports berjaya ditumbangkan.
Seterusnya, kedua-dua pasukan harus berlawan di pusingan penentuan kalah dan menang di perlawanan ketiga.
Pasukan Team Bosskurr mengalami kesukaran pada minit awal permainan apabila Sonic dikawal oleh pasukan Orange Esports untuk mendapatkan buff.
Bosskurr terus bersabar dan bermain dengan berdisiplin untuk mengejar objektif. Lunox dan Alice yang mula menonjolkan kekuatan mereka di akhir permainan akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan untuk Team Bosskurr.
Mereka akan layak ke playoff jika Red Esports gagal menewaskan pasukan RSG MY seketika nanti dan tidak perlu memainkan pusingan tiebreaker.