Team Bosskurr mara ke peringkat seterusnya, Suhaz Esports tersingkir

Perlawanan pertama di peringkat playoff menyaksikan pasukan Suhaz Esports akan bertemu dengan pasukan Bosskurr di lower bracket. Pasukan yang kalah akan disingkirkan di peringkat ini.

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan Bosskurr lebih agresif dan mengatur corak permainan mereka dengan lebih baik di dalam pertarungan. Mereka mempunyai Hayabusa dan Khufra yang boleh memulakan pertarungan. Manakala pasukan Suhaz menggunakan paquito sebagai jungler untuk memberikan burst damage yang tinggi.

Hayabusa dan Feathered Air Strike dari Pharsa berjaya memberikan pasukan Bosskur kelebihan di dalam pertarungan. Setiap kali pertempuran berlaku, kedua-dua hero ini memberikan tekanan yang sangat tinggi kepada pasukan Suhaz Esports. 

Pasukan Suhaz terpaksa bermain dengan pasif dan menjaga gerak langkah mereka supaya tidak kecundang di dalam pertarungan. Kesemua turtle berjaya menjadi milik pasukan Bosskurr setiap kali ia muncul. Team Bosskurr berjaya mendapatkan kemenangan pertama selepas tekanan yang terlalu berat diberikan oleh mereka pada minit ke-14.

PERLAWANAN KEDUA

Pasukan Bosskur meneruskan perlawanan kedua dengan menggunakan draft Sun sebagai jungler. Mereka akan memfokuskan fasa late game dengan draft ini. Manakala pasukan Suhaz menggunakan Lancelot yang akan memberikan burst damage yang tinggi pada minit awal dan pertengahan permainan.

Pasukan Suhaz Esports terus diganggu untuk farming mendapatkan buff. Perbezaan gold pada minit ke-5 sudah mencecah 2 ribu yang berpihak kepada pasukan Bosskurr. Momentum yang baik diteruskan oleh pasukan Bosskur untuk mengawal peta dan mengambil Lord pada minit ke-10.

Bosskurr terus memberikan tekanan kepada Suhaz dan berjaya menghancurkan kesemua inhibitor turret pasukan lawan itu pada minit ke-12. Team Bosskurr akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan pada minit ke-14 selepas asakan demi asakan diberikan kepada pasukan Suhaz Esports.

Dengan kekalahan ini, pasukan Suhaz Esports akan tersingkir dari MPL MY musim kelapan. Team Bosskurr akan terus mara ke peringkat seterusnya dan akan bertarung dengan pasukan yang tewas di perlawanan ketiga hari ini iaitu Orange Esports atau Geek Fam.

RELATED NEWS

+