Team Caracal bagi ‘hint’ lineup terdiri daripada pemain baru

Organisasi e-sukan yang bertanding di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesepuluh, Team Caracal memberi bayangan terdapat ramai pemain baru dalam roster kali ini.

Menerusi sebuah hantaran IG Story semalam, Team Caracal mengatakan kebanyakannya adalah pemain baru.

Katanya risiko pasti ada untuk MPL kali ini memandangkan ada ramai pemain baru.

“Tapi jika kita tak ambil yang baru, macam mana mereka mahu ke peringkat lebih tinggi,” tulisnya.

Malah, Caracal menulis yang pemain kali ini adalah dari pasukan tier 2 dan mereka akan membuktikan kemahiran di musim liga nanti.

Akhirnya, Caracal mengatakan akan ada banyak kejutan kepada peminat kelak.

Siapa yang akan menjadi pemain baru pasukan ini nanti? Sama-sama kita nantikan.

Terdahulu, ramai pemain Team Caracal yang bermain di MPL MY S10 kini menyertai pasukan lain dan ada yang masih mencari pasukan.

MPL MY S10 akan memulakan pusingan kelayakan pada awal bulan ini.

RELATED NEWS

+