Team Caracal mengacah barisan pemain baru mereka

Team Caracal memasuki arena kompetitif Mobile Legends dengan penuh semangat di musim kesembilan. Mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat liga selepas memenangi perlawanan menentang Team Haq Academy dengan skor 2-1.

Namun begitu, selepas perjalanan mereka tamat di dalam kedudukan empat terbaik di musim kesembilan, Team Caracal mengumumkan kesemua pemain mereka terbuka untuk sebarang perpindahan pasukan.

Ramai netizen dan peminat ingin tahu siapakah gerangan pemain yang akan mengisi kekosongan Team Caracal untuk musim ini. Di dalam satu perkongsian Instagram story oleh Team Caracal, mereka mengumumkan barisan pemain mereka terdiri dari semua orang baru.

Mereka juga mengumumkan kesemua pemain lama sudah tidak lagi bersama organisasi dan mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas pemain lama mereka.

Pasti saingan MPL MY musim ke-10 ini akan lebih sengit dengan kehadiran pemain-pemain baru ini. Nantikan pengumuman rasmi dari Team Caracal tidak lama lagi.

Sumber: Team Caracal

RELATED NEWS

+