Team Flash muncul juara di kejohanan akhir WCS SEA 2022

Team Flash berjaya menjadi juara di kejohanan akhir WCS 2022 selepas membelasah pasukan dari negara Taiwan Flash Wolves dengan skor 4-0.

Pasukan League Of Legends:Wild Rift dari Vietnam itu berjaya menunjukkan gaya permainan yang sangat berbeza dari pasukan-pasukan yang lain.

Perjalanan Team Flash sangat lancar, malah pada perlawanan akhir menentang Flash Wolves, Team Flash sama sekali tidak memberi belas kasihan kepada pasukan lawan dan berjaya mendapatkan kemenangan bersih.

Kita dapat lihat bahawa penguasaan permainan, disiplin, objektif dan persediaan perang Team Flash sememangnya tersusun seperti yang dirancang.

Dengan kemenangan mereka, Team Flash berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak AS$32,000 (RM140,000).

Sementara itu, Flash Wolves harus akur di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai sebanyak AS$27,000 (RM118,000).

Empat pasukan teratas iaitu Team Flash, Flash Wolves, RRQ, dan BRU, akan mewakili Asia Tenggara dalam Wild Rift Icons, pertandingan antarabangsa paling berprestij untuk permainan mudah alih Wild Rift.

Sebagai juara WCS Finals, Team Flash sudah memperoleh ‘slot’ ke peringkat kumpulan Icons manakala tiga pasukan lain akan bermula dari peringkat play-in.

Sumber: Liquipedia

RELATED NEWS

+